Kepentingan pelancongan Pelancongan

Iguazu Falls di Misiones, Argentina. Ia salah satu destinasi paling popular di Amerika Latin.

Pelancongan ialah sumber pendapatan penting bagi kebanyakan rantau dan negara. Kepentingannya diiktiraf dalam Deklarasi Pelancongan Dunia di Manila tahun 1980 sebagai "suatu kegiatan yang penting bagi kehidupan negara-negara kerana kesan langsungnya terhadap sektor sosial, budaya, pendidikan, dan ekonomi masyarakat negara dan hubungan antarabangsa mereka."[10][11] Pelancongan membawa sejumlah besar pendapatan ke dalam ekonomi tempatan dalam bentuk pembayaran barangan dan perkhidmatan yang diperlukan oleh pelancong, menyumbang 30% daripada perkhidmatan perdagangan dunia, dan 6% daripada keseluruhan eksport barangan dan perkhidmatan.[12] Ia juga mewujudkan peluang pekerjaan dalam sektor perkhidmatan ekonomi yang berkaitan dengan pelancongan.[13]

Kerusi Strandkorb di Pulau Usedom, Jerman. Bukan sahaja sektor perkhidmatan mendapat untung ekoran pelancongan, tetapi juga pengeluar tempatan (seperti yang menghasilkan strandkorb), peruncit, sektor hartanah dan imej lokasi boleh mendapat manfaat.

Industri perkhidmatan yang mendapat manfaat daripada pelancongan termasuk perkhidmatan pengangkutan, seperti syarikat penerbangan, kapal pesiar, kereta api dan teksi; perkhidmatan hospitaliti, seperti penginapan, termasuk hotel dan pusat peranginan; dan tempat hiburan, seperti taman hiburan, restoran, kasino, pusat membeli-belah, tempat muzik, dan teater. Ini adalah tambahan kepada barangan yang dibeli oleh pelancong, termasuk cenderahati.

Rujukan

WikiPedia: Pelancongan http://en.graubuenden.ch/winter-walking-switzerlan... http://www.kulmhotel-stmoritz.ch/en/portrait/tradi... http://www.stmoritz.ch/en/winter/village/spirit-hi... http://www.businessinsider.com/most-visited-cities... http://www.cnn.com/2015/01/29/travel/gallery/most-... http://blog.euromonitor.com/2015/01/top-100-city-d... http://www.expodatabase.com/tradeshow/itb-berlin-t... http://newsroom.mastercard.com/wp-content/uploads/... http://frugaltraveler.blogs.nytimes.com/2008/09/05... http://portal.pohub.com/pls/pogprtl/url/ITEM/1E71E...